Malaysia legislation

Section 35C

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994

Seksyen 35C

(a)

mana-mana premis atau tapak pembinaan telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

(b)

terdapat dalam mana-mana premis atau tapak pembinaan, keterangan yang perlu kepada pengendalian penyiasatan terhadap,

Lembaga Pembangunan Industri 45

Pembinaan Malaysia pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa seorang pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan untuk memasuki premis atau tapak pembinaan itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk—

(a)

menggeledah dan menyita apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel apa-apa bahan binaan atau benda yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan;

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu; dan

(d)

mengarahkan bahawa premis atau tapak pembinaan itu atau mana-mana bahagian daripadanya atau apa-apa benda di dalamnya, hendaklah dibiarkan tanpa disentuh, sama ada secara am atau khusus, dengan melekatkan suatu lak.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis atau tapak pembinaan di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis atau tapak pembinaan itu atau apa-apa halangan ke premis atau tapak pembinaan itu untuk masuk ke dalam premis atau tapak pembinaan itu;

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang pegawai diberi kuasa itu diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan

(c)

menahan mana-mana orang yang di dalam premis atau tapak pembinaan itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain itu di premis atau tapak pembinaan yang di dalamnya bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain itu dijumpai.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran