Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Jika mana-mana orang membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali mana-mana tanah kepunyaan orang yang mati sama ada di bawah wasiat atau tidak berwasiat dan orang yang mati itu memiliki tanah itu pada tarikh kematiannya dan ialah orang terakhir yang berhak mendapat tanah itu yang mempunyai milikan ke atasnya, kausa tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh kematiannya.
(3)
Jika mana-mana orang membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali tanah, yang merupakan estet atau kepentingan dalam pemilikan yang dijamin dengan cara lain daripada wasiat kepadanya, atau kepada beberapa orang yang melaluinya dia menuntut, oleh seseorang yang, pada tarikh jaminan itu mula berkuat kuasa, memiliki tanah itu, atau dalam hal tanggungan sewa yang diwujudkan oleh jaminan itu, memiliki tanah yang digadaikan itu, dan tiada mana-mana orang telah memiliki tanah itu menurut jaminan itu, hak tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh jaminan itu mula berkuat kuasa.
(4)
Sesuatu hak tindakan untuk mendapat kembali tanah oleh kerana pelucuthakan atau pelanggaran syarat hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh berlakunya pelucuthakan atau pelanggaran syarat itu:
Dengan syarat bahawa, jika hak itu telah terakru kepada seseorang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kembalian atau bakian dan tanah itu tidak didapatkan kembali menurutnya, hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru kepada orang itu sehingga estet atau kepentingan itu jatuh ke dalam milik, seolah-olah tiada apa-apa pelucuthakan atau pelanggaran syarat sedemikian telah berlaku.
Had Masa 15
Hak tindakan terakru dalam hal kepentingan masa depan mengenai tanah