Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Jika orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu yang bukannya untuk tempoh beberapa tahun yang mutlak, tidak memiliki tanah itu pada tarikh tamatnya estet atau kepentingan tersebut, tiada apa-apa tindakan boleh dibawa oleh orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kemudiannya selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu, atau enam tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kemudiannya itu, mengikut mana yang terkemudian tamat tempohnya.
(3)
Tiada seorang pun boleh membawa tindakan untuk mendapatkan apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah di bawah sesuatu jaminan yang mula berkuat kuasa selepas hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu telah terakru kepada orang yang membuat jaminan itu atau orang yang melaluinya dia menuntut atau orang yang berhak mendapat estet atau kepentingan terdahulu itu, melainkan tindakan itu dibawa dalam tempoh masa yang semasa orang yang membuat jaminan itu sepatutnya membawa tindakan tersebut.
(4)
Jika mana-mana orang berhak kepada apa-apa estet atau kepentingan dalam tanah yang dimiliki dan, semasa berhak sedemikian, dia juga berhak mendapat apa-apa estet atau kepentingan masa depan mengenai tanah tersebut, dan haknya untuk mendapat kembali estet atau kepentingan yang dimiliki itu dihalang di bawah
Akta ini, tiada apa-apa tindakan boleh dibawa oleh orang itu, atau oleh mana-mana orang yang menuntut melaluinya, berkenaan dengan estet atau kepentingan masa depan itu, melainkan jika dalam pada itu
16
Undang-Undang Malaysia pemilikan tanah itu telah didapat kembali oleh seseorang yang berhak kepada estet atau kepentingan perantaraan.
Peruntukan mengenai tanah yang diselesaikan dan tanah yang dipegang atas amanah