Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Jika mana-mana tanah dipegang atas amanah termasuk suatu amanah untuk jualan, dan tempoh yang ditetapkan oleh Akta ini (jika ada) bagi pemegang amanah membawa tindakan untuk mendapat kembali tanah itu telah tamat, estet pemegang amanah itu tidak boleh dihapuskan jika dan selagi hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu bagi mana-mana orang yang berhak mendapat sesuatu kepentingan benefisial mengenai tanah itu atau mengenai hasil jualannya sama ada belum lagi terakru atau belum lagi dihalang oleh
Akta ini, tetapi jika dan apabila setiap hak tindakan itu telah dihalang demikian, maka estet pemegang amanah itu adalah terhapus.
(3)
Jika mana-mana tanah dipegang atas amanah, temasuk amanah untuk jualan, suatu tindakan untuk mendapat kembali tanah itu boleh dibawa oleh pemegang amanah bagi pihak mana-mana orang yang berhak mendapat kepentingan benefisial terhadap pemilikan tanah itu atau terhadap hasil jualan yang hak tindakannya masih belum dihalang oleh Akta ini, walaupun hak tindakan pemegang amanah itu akan dihalang oleh Akta ini, jika tidak kerana peruntukan ini.
(4)
Jika mana-mana tanah yang dipegang atas amanah untuk jualan adalah dalam milikan seseorang yang berhak kepada kepentingan benefisial terhadap tanah itu atau terhadap hasil
Had Masa 17
jualannya, yang bukannya orang yang berhak mendapat kepentingan atau hak itu secara tunggal dan dengan mutlaknya, bagi maksud Akta ini tiada apa-apa hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu boleh disifatkan sebagai terakru dalam tempoh pemilikan itu kepada mana-mana orang yang padanya tanah itu diletakhakkan sebagai pemegang amanah, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepada kepentingan benefisial terhadap tanah atau dalam hasil jualan.
Hak tindakan terakru dalam hal sewaan tertentu