Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Suatu sewaan dari setahun ke setahun atau mengikut tempoh masa lain, tanpa pajakan secara bertulis, hendaklah, bagi maksud
Akta ini, disifatkan sebagai telah ditamatkan apabila tamatnya tempoh tahun yang pertama atau tempoh masa lain itu, dan dengan itu hak tindakan bagi orang yang berhak kepada tanah yang tertakluk kepada sewaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh penetapan tersebut.
(3)
Jika apa-apa sewa berkenaan dengan sesuatu sewaan telah diterima selepas tamatnya tempoh sewaan tersebut, maka hak tindakan hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh penerimaan sewa itu yang terakhir.
(4)
Jika mana-mana orang memiliki tanah menurut suatu pajakan secara bertulis dengan sewa yang tidak kurang daripada sepuluh ringgit dirizabkan, dan sewa itu diterima oleh beberapa orang yang dengan salahnya menuntut sebagai berhak mendapat kembalian tanah yang akan diperoleh sebaik sahaja pajakan itu tamat, dan tiada apa-apa sewa kemudiannya diterima oleh orang yang dengan sahnya berhak sedemikian, maka hak tindakan bagi orang yang terakhir dinamakan itu untuk mendapat kembali tanah tersebut hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh sewa itu mula-mulanya
18
Undang-Undang Malaysia diterima oleh orang yang dengan salahnya menuntut yang tersebut dahulu dan tidak pada tarikh tamatnya pajakan itu.
(5)
Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa sewaan dengan kehendak atau pajakan yang diberi oleh Raja atau Yang Dipertua
Negeri atau oleh Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri.
Hak tindakan terakru dalam hal pelucuthakan atau pelanggaran syarat