Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Suatu hak tindakan untuk mendapat kembali tanah oleh sebab pelucuthakan atau pelanggaran syarat hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh pelucuthakan atau berlaku pelanggaran syarat itu:
Dengan syarat bahawa, sekiranya hak itu telah terakru kepada seseorang yang berhak mendapat estet atau kepentingan kembalian atau bakian dan tanah itu tidak didapatkan kembali menurutnya, hak tindakan untuk mendapat kembali tanah itu tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru kepada orang itu sehingga estet atau kepentingannya jatuh dalam milik, seolah-olah tiada apa-apa lucuthak atau pelanggaran syarat sedemikian telah berlaku.