Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA HAD MASA 1953

Seksyen 16

Apabila seorang pemegang gadai janji tanah yang memiliki mana-mana tanah yang digadai janji itu bagi tempoh dua belas tahun, tiada apa-apa tindakan untuk menebus tanah yang dimiliki oleh pemegang gadai janji itu boleh dibawa selepas tempoh tersebut oleh penggadai janji atau mana-mana orang yang menuntut melaluinya:

Dengan syarat bahawa jika seorang pemegang gadai janji memiliki oleh sebab gadai janji itu mana-mana tanah yang digadai janji dan sama ada menerima apa-apa jumlah wang mengenai wang pokok atau bunga bagi hutang gadai janji itu atau mengakui menurut peruntukan seksyen 27 Akta ini hakmilik penggadai janji itu, atau hak ekuitinya untuk menebus, tindakan untuk menebus tanah yang dimilikinya itu boleh dibawa pada bila-bila masa sebelum tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh pembayaran atau akuan itu.

Tiada apa-apa hak tindakan boleh dikekalkan dengan kemasukan formal atau tuntutan berterusan