Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA HAD MASA 1953

Seksyen 21

(2)

Tiada apa-apa tindakan halang tebus berkenaan dengan harta peribadi yang digadai janji boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh hak haling-tebus itu terakru:

Dengan syarat bahawa, sekiranya selepas tarikh tersebut pemegang gadai janji itu dengan milikan harta yang digadai janji itu, hak untuk menghalang tebus harta yang ada dalam miliknya itu tidak boleh, bagi maksud subseksyen ini, disifatkan sebagai telah terakru sehingga tarikh pemilikannya ditamatkan.

(3)

Hak untuk menerima apa-apa jumlah wang pokok yang bercagarkan suatu gadai janji atau gadaian lain dan hak untuk menghalang-tebus harta yang tertakluk kepada gadai janji atau gadaian itu tidak boleh disifatkan sebagai terakru selagi harta itu terdiri daripada apa-apa kepentingan masa depan atau apa-apa polisi insurans nyawa yang masih belum cukup tempoh matangnya atau belum ditamatkan.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen terdahulu daripada seksyen ini boleh dipakai bagi tindakan halang tebus berkenaan dengan tanah yang digadai janji tetapi peruntukan Akta ini berhubungan dengan tindakan untuk mendapat kembali tanah hendaklah terpakai bagi tindakan sedemikian.

(5)

Tiada apa-apa tindakan untuk mendapat kembali tunggakan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa jumlah wang yang bercagarkan suatu gadai janji atau gadaian lain atau yang kena dibayar berkenaan dengan hasil jualan tanah, atau bagi mendapat kembali ganti rugi berkenaan dengan tunggakan tersebut boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar:

Dengan syarat bahawa—

(a)

jika penerima gadai janji atau pembeban lain yang terdahulu telah pun memiliki harta yang digadai janji atau digadai itu, dan suatu tindakan dibawa dalam masa satu tahun dari tamatnya pemilikan itu oleh pembeban

22

Undang-Undang Malaysia kemudiannya, dia boleh melalui tindakan itu mendapat kembali semua tunggakan bunga yang kena dibayar dalam tempoh pemilikan pembeban terdahulu atau ganti rugi berkenaan dengannya, walaupun tempoh itu melebihi enam tahun;

(b)

jika harta yang tertakluk kepada gadai janji atau gadaian itu terdiri daripada apa-apa kepentingan masa depan atau polisi insurans nyawa dan adalah suatu terma gadai janji atau gadaian itu bahawa tunggakan bunga akan dikira sebagai sebahagian daripada jumlah wang pokok yang bercagarkan gadai janji atau gadaian itu, bunga tidak boleh disifatkan sebagai kena dibayar sebelum hak untuk menerima jumlah wang pokok itu terakru atau disifatkan telah terakru.

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana gadai janji atau gadaian suatu kapal.

TINDAKAN BERKENAAN DENGAN HARTA AMANAH ATAU

HARTA PUSAKA PERIBADI KEPUNYAAN ORANG YANG MATI

Had masa tindakan berkenaan dengan harta amanah