Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA HAD MASA 1953

Seksyen 22

(a)

berkenaan dengan apa-apa fraud atau pecah amanah fraudan yang pemegang amanah itu menjadi pihak atau mengambil bahagian; atau

(b)

bagi mendapat kembali daripada pemegang amanah harta amanah atau hasil jualannya yang ada dalam milikan pemegang amanah itu, atau yang diterima dahulunya oleh pemegang amanah itu dan telah disalahgunakan untuk kegunaan sendiri.

(2)

Tertakluk kepada peruntukan yang tersebut dahulu, sesuatu tindakan oleh seseorang benefisiari untuk mendapat kembali harta amanah atau berkenaan dengan apa-apa pecah amanah, yang

Had Masa 23

bukannya suatu tindakan yang tempoh had masanya ditetapkan oleh mana-mana peruntukan lain Akta ini, tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru:

Dengan syarat bahawa hak tindakan tidak boleh disifatkan sebagai telah terakru kepada mana-mana benefisiari yang berhak mendapat kepentingan masa depan di dalam harta amanah itu, sehingga kepentingan itu jatuh dalam milikan.

(3)

Tiada seorang pun benefisiari yang terhadapnya ada pembelaan di bawah Akta ini boleh mendapat apa-apa faedah yang lebih atau faedah lain daripada penghakiman atau perintah yang diperoleh oleh mana-mana benefisiari lain daripada faedah yang boleh didapatinya jika dia telah membawa tindakan itu dan Akta ini dirayu dalam pembelaannya.

Had masa tindakan bagi menuntut harta pusaka peribadi kepunyaan orang yang mati