Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA HAD MASA 1953

Seksyen 23

Tertakluk kepada subseksyen 22 (1) Akta ini, tiada apa-apa tindakan berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi kepunyaan orang yang mati atau terhadap apa-apa bahagian atau kepentingan di dalam harta pusaka tersebut, sama ada di bawah suatu wasiat atau tidak berwasiat, boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh hak menerima bahagian atau kepentingan itu terakru, dan tiada apa-apa tindakan untuk mendapat bayaran tunggakan bunga berkenaan dengan apa-apa legasi, atau ganti rugi berkenaan dengan tunggakan tersebut, boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar.