Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Jika pada tarikh itu mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (1) seksyen ini menanggung dua ketidakupayaan atau jika sebelum ketidakupayaan yang ditanggungnya pada tarikh itu terhenti dia telah terjejas oleh ketidakupayaan yang lain maka bagi maksud seksyen ini dia hendaklah disifatkan sebagai terus berada dalam ketidakupayaan sehingga kedua-dua ketidakupayaan itu terhenti.
(3)
Jika seorang daripada beberapa orang pemiutang bersama atau pihak menuntut menanggung ketidakupayaan sedemikian, dan jika suatu pelepasan boleh diberi tanpa memerlukan persetujuan orang itu, masa akan tetap berlalu terhadap kesemua mereka. Jika pelepasan itu tidak boleh diberi, masa tidak akan berlalu terhadap sesiapa jua di antara mereka sehingga kesemua orang itu tidak lagi menanggung ketidakupayaan atau sehingga salah seorang daripada mereka mampu memberi pelepasan tersebut tanpa memerlukan persetujuan daripada yang lainnya, mengikut mana yang berlaku terdahulu.
(4)
Peruntukan-peruntukan terdahulu dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada proviso berikut:
(a)
tiada apa-apa jua dalam peruntukan itu boleh menyentuh apa-apa hal di mana hak tindakan itu mula terakru kepada mana-mana orang yang tidak menanggung apa-apa ketidakupayaan yang melaluinya orang yang tidak berupaya itu menuntut;
(b)
apabila suatu hak tindakan yang telah pun terakru kepada seseorang yang tidak berupaya terakru, atas kematian orang itu ketika masih tidak berupaya, kepada orang tidak berupaya yang lain, tiada apa-apa pelanjutan masa seterusnya boleh dibenarkan atas alasan ketidakupayaan orang yang kedua itu;
Had Masa 25
(c)
tiada apa-apa tindakan untuk mendapat kembali tanah atau wang yang dipertanggungkan ke atas tanah yang tempoh had masanya ditetapkan di bawah Akta ini boleh dibawa menurut kuasa peruntukan seksyen ini oleh mana-mana orang selepas tamatnya tempoh tiga puluh tahun dari tarikh hak tindakan itu terakru kepada orang itu atau kepada mana-mana orang yang melaluinya dia menuntut;
(d)
tiada apa-apa jua dalam peruntukan itu terpakai bagi apa-apa tindakan untuk mendapat kembali bayaran penalti atau pelucuthakan, atau sejumlah wang dengan cara itu, menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, kecuali jika tindakan itu dibawa oleh pihak yang terkilan.
Pelanjutan tempoh had masa jika penghutang mentadbir harta pusaka pemiutangnya