Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA HAD MASA 1953

Seksyen 28

(2)

Suatu pembayaran berkenaan dengan hutang yang bercagarkan gadai janji atau gadaian oleh penggadai janji atau mana-mana orang yang memiliki tanah atau harta peribadi yang digadai janji atau digadaikan itu hendaklah, setakat yang berkaitan dengan apa-apa hak pemegang gadai janji atau pemegang gadaian itu untuk menghalang tebus atau selainnya untuk mendapat kembali harta itu, mengikat semua orang lain yang dalam milikannya harta yang digadai janji itu dalam tempoh had masa yang berikutan dengannya.

(3)

Jika terdapat dua orang atau lebih penggadai janji tanah atau harta peribadi dan hakmilik atau hak untuk menebus bagi seorang daripada penggadai janji itu diakui sebagaimana tersebut dahulu, akuan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat terhadap semua penggadai janji itu.

(4)

Suatu akuan apa-apa hutang atau tuntutan lain yang tertentu jumlahnya hendaklah mengikat orang yang membuat akuan itu dan penggantinya tetapi tidak mana-mana orang lain:

Dengan syarat bahawa suatu akuan yang dibuat selepas tamatnya tempoh had masa yang ditetapkan bagi membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan lain tidaklah mengikat mana-mana pengganti yang kepadanya liabiliti itu diturunkan atas penentuan estet atau kepentingan yang terdahulu mengenai harta di bawah sesuatu penyelesaian yang berkuat kuasa sebelum tarikh akuan itu.

(5)

Pembayaran yang dibuat berkenaan dengan mana-mana hutang atau tuntutan wang lain yang tertentu jumlahnya hendaklah mengikat semua orang yang bertanggungan berkenaan dengannya:

Dengan syarat bahawa suatu pembayaran yang dibuat selepas tamatnya tempoh had masa yang ditetapkan bagi membawa sesuatu tindakan untuk mendapat kembali hutang atau tuntutan lain tidaklah mengikat mana-mana orang selain daripada orang yang membuat pembayaran itu dan penggantinya, dan tidak mengikat mana-mana pengganti yang kepadanya liabiliti itu diturunkan atas penentuan estet

28

Undang-Undang Malaysia atau kepentingan yang terdahulu mengenai harta di bawah sesuatu penyelesaian yang berkuat kuasa sebelum tarikh pembayaran itu.

(6)

Suatu akuan oleh seorang daripada beberapa orang wakil diri mengenai apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi orang yang mati, atau terhadap apa-apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, atau suatu pembayaran oleh seorang daripada beberapa orang wakil diri berkenaan dengan mana-mana tuntutan itu adalah mengikat harta pusaka orang yang mati itu.

(7)

Dalam seksyen ini ungkapan “pengganti,” berhubungan dengan mana-mana penggadai janji atau orang yang bertanggungan berkenaan dengan apa-apa hutang atau tuntutan, bererti wakil dirinya dan mana-mana orang lain yang kepadanya hak di bawah gadai janji itu atau, mengikut mana yang berkenaan, liabiliti mengenai berkenaan dengan hutang atau tuntutan itu diturunkan , sama ada atas kematian atau kebankrapan atau pelupusan harta atau atas penentuan suatu estet atau kepentingan terhad di dalam harta yang diselesaikan atau sebaliknya.

Penangguhan tempoh had masa sekiranya terdapat fraud atau kesilapan