Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Jika, dalam mana-mana tindakan yang tempoh had masanya ditetapkan oleh Akta ini, sama ada—
(a)
tindakan itu berasaskan fraud defendan atau ejennya atau mana-mana orang yang melaluinya dia menuntut atau ejennya; atau
(b)
hak tindakan itu tersembunyi oleh fraud mana-mana orang yang tersebut dahulu; atau
(c)
tindakan itu adalah bagi relif daripada akibat sesuatu kesilapan, tempoh had masa tidak akan bermula sehingga plaintif mengetahui tentang fraud atau kesilapan itu, mengikut mana yang berkenaan, atau mungkin akan mengetahuinya dengan usaha yang munasabah:
Had Masa 29
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkan apa-apa tindakan dibawa bagi mendapat kembali, atau menguatkuasakan apa-apa gadaian terhadap, atau mengetepikan apa-apa transaksi yang melibatkan, apa-apa harta yang—
(i)
dalam hal fraud, telah pun dibeli dengan balasan bernilai oleh seseorang yang tidak menjadi pihak kepada fraud itu dan tidak pada masa pembelian tersebut mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu fraud telah dilakukan; atau
(ii)
dalam hal kesilapan, telah pun dibeli dengan balasan bernilai, selepas daripada transaksi dalam mana kesilapan itu dilakukan, oleh seseorang yang tidak mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kesilapan itu telah dilakukan.