Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA HAD MASA 1953

Seksyen 2

(2)

Bagi maksud Akta ini, seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berkeupayaan semasa dia seorang kanak-kanak atau tidak sempurna akal.

(3)

Seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai menuntut melalui seorang lain, jika dia berhak mendapat hak yang dituntut itu oleh, melalui, di bawah, atau dengan tindakan orang lain itu:

Dengan syarat bahawa seseorang yang berhak mendapat apa-apa harta atau kepentingan menurut suatu kuasa khas perlantikan tidak boleh disifatkan sebagai menuntut melalui pelantik itu.

(4)

Dalam Akta ini sebutan mengenai hak tindakan untuk mendapat kembali tanah hendaklah termasuk sebutan mengenai hak untuk mengambil milik tanah itu atau dalam hal tanggungan sewa apa-apa hak untuk menahan harta bagi mendapatkan tunggakan sewa dan sebutan mengenai pembawaan apa-apa tindakan sedemikian hendaklah meliputi sebutan mengenai pengambilan milik atau penahanan itu.

(5)

Dalam Akta ini sebutan mengenai pemilikan tanah hendaklah, dalam hal tanggungan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan

Had Masa 9

mengenai penerimaan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penerimaan sewa, dan sebutan mengenai tarikh perlucutan pemilikan atau pemberhentian pemilikan tanah hendaklah, dalam hal tanggungan sewa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh penerimaan sewa yang terakhir;

(6)

Dalam Bahagian III Akta ini sebutan mengenai hak tindakan hendaklah termasuk sebutan mengenai kausa tindakan dan hak untuk menerima wang yang bercagarkan gadai janji atau gadaian atas mana-mana harta atau untuk mendapatkan hasil jualan tanah, dan hak untuk menerima sesuatu bahagian atau kepentingan dalam harta pusaka peribadi kepunyaan orang yang mati; dan sebutan mengenai tarikh terakrunya sesuatu hak tindakan hendaklah—

(a)

dalam hal tindakan untuk sesuatu akaun, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh berbangkitnya perkara yang berkenaan dengannya akaun itu dituntut;

(b)

dalam hal tindakan ke atas suatu penghakiman, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh penghakiman itu boleh dikuatkuasakan;

(c)

dalam hal tindakan untuk mendapat kembali tunggakan sewa atau bunga, atau ganti rugi berkenaan dengannya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai tarikh sewa atau bunga itu kena dibayar.

Kecualian bagi enakmen had masa lain