Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Walau apa pun terma dalam apa-apa penghujahan yang bermaksud bahawa tiada apa-apa kausa tindakan akan terakru berkenaan dengan mana-mana perkara yang dikehendaki oleh penghujahan itu supaya dirujuk sehingga suatu award dibuat di bawah penghujahan itu, kausa tindakan itu hendaklah, bagi maksud
Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain (sama ada dalam pemakaiannya bagi timbang tara atau prosiding lain), disifatkan sebagai telah terakru berkenaan dengan mana-mana perkara sedemikian pada masa ia sepatutnya terakru jika tidak kerana terma dalam penghujahan itu.
(3)
Bagi maksud Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang tersebut dahulu, suatu timbang tara hendaklah disifatkan sebagai telah bermula apabila suatu pihak pada timbang tara itu telah menyampaikan kepada pihak atau pihak-pihak yang lain itu suatu notis menghendakinya atau mereka melantik seorang penimbang tara
30
Undang-Undang Malaysia atau supaya bersetuju dengan pelantikan seorang penimbang tara, atau, jika penghujahan itu memperuntukkan bahawa rujukan itu hendaklah dibuat kepada orang yang dinamakan atau ditetapkan dalam penghujahan tersebut, menghendakinya atau mereka menyerahkan pertikaian itu kepada orang yang dinamakan atau ditetapkan itu.
(4)
Apa-apa notis yang tersebut dahulu bolehlah disampaikan sama ada—
(a)
dengan menyerahkannya kepada orang yang hendak disampaikan notis itu; atau
(b)
dengan meninggalkannya di tempat tinggal orang itu yang biasa atau yang terakhir diketahui di Malaysia; atau
(c)
dengan menghantarkannya secara pos melalui surat berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal biasanya atau di tempat tinggalnya yang terakhir diketahui di Malaysia, dan juga mengikut apa-apa cara lain yang diperuntukkan dalam penghujahan itu dan jika suatu notis dihantar dengan pos mengikut cara yang ditetapkan oleh perenggan (c) subseksyen ini, penyampaian itu hendaklah, melainkan jika terbukti sebaliknya, disifatkan sebagai telah dilaksanakan pada masa surat itu sepatutnya telah diserahkan dalam perjalanan biasa pos.
(5)
Jika Mahkamah Tinggi memerintahkan supaya suatu award diketepikan atau memerintahkan, selepas bermulanya sesuatu timbang tara, supaya timbang tara itu hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa berkenaan dengan pertikaian yang dirujukkan itu,
Mahkamah boleh selanjutnya memerintahkan supaya tempoh di antara permulaan timbang tara itu dan tarikh perintah Mahkamah itu hendaklah dikecualikan dalam mengira masa yang ditetapkan oleh
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang tersebut dahulu bagi memulakan prosiding (termasuk timbang tara) berkenaan dengan pertikaian yang dirujukan itu.
(6)
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi suatu timbang tara di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan juga timbang tara menurut suatu penghujahan, dan subseksyen (3) dan (4) di atas
Had Masa 31
hendaklah berkuat kuasa, berhubungan dengan sesuatu timbang tara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seolah-olah sebutan mengenai penghujahan digantikan dengan sebutan mengenai mana-mana peruntukan undang-undang atau mana-mana perintah, skim, kaedah, peraturan atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya yang berkaitan dengan timbang tara itu.
(7)
Dalam seksyen ini ungkapan “timbang tara”, “award” dan
“penghujahan” mempunyai erti yang sama seperti dalam *Akta
Timbangtara 1952 [Akta 93].
Peruntukan mengenai tolakan atau tuntutan balas