Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA HAD MASA 1953

Seksyen 6

Had masa tindakan mengenai kontrak dan tort dan tindakan lain yang tertentu

(a)

tindakan yang berasaskan kontrak atau tort;

(b)

tindakan untuk menguatkuasakan suatu ikatan;

(c)

tindakan untuk menguatkuasakan suatu award ;

(d)

tindakan untuk mendapat kembali apa-apa jumlah wang menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis selain daripada penalti atau pelucuthakan atau sejumlah wang sebagai penalti atau pelucuthakan.

Had Masa 11

(2)

Sesuatu tindakan untuk akaun tidak boleh dibawa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berbangkit lebih daripada enam tahun sebelum tindakan itu bermula.

(3)

Sesuatu tindakan ke atas apa-apa penghakiman tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh penghakiman itu boleh dikuatkuasakan dan tiada apa-apa tunggakan bunga mengenai apa-apa hutang penghakiman boleh didapatkan kembali selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar.

(4)

Sesuatu tindakan untuk mendapatkan bayaran penalti atau pelucuthakan atau sejumlah wang sebagai penalti atau pelucuthakan yang boleh didapatkan menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru:

Dengan syarat bahawa bagi maksud subseksyen ini ungkapan

“penalti” tidaklah termasuk denda yang boleh dikenakan pada seseorang apabila disabitkan dengan kesalahan jenayah.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi—

(a)

apa-apa kausa tindakan di dalam bidang kuasa Admiralti

Mahkamah Tinggi yang boleh dikuatkuasakan in rem selain daripada tindakan untuk mendapatkan bayaran gaji pelaut-pelaut, atau

(b)

apa-apa tindakan untuk mendapat wang yang bercagarkan sesuatu gadai janji atau gadaian ke atas tanah atau harta peribadi.

(6)

Tertakluk kepada seksyen 22 dan 32 Akta ini peruntukan seksyen ini terpakai (jika perlu dengan cara analogi) bagi semua tuntutan untuk pelaksanaan spesifik suatu kontrak atau bagi suatu injuksi atau bagi apa-apa relif saksama lain sama ada ia berasaskan apa-apa kontrak atau tort atau apa-apa amanah atau alasan ekuiti.

12

Undang-Undang Malaysia

Had masa dalam hal konversi berturutan dan penghapusan hakmilik pemunya bagi barang yang dikonversikan