Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA HAD MASA 1953

Seksyen 8

Sesuatu tindakan—

(a)

untuk mengetepikan apa-apa jualan menurut perintah

Pemungut atau mana-mana pegawai hasil lain;

(b)

untuk mengetepikan apa-apa jualan bagi mendapatkan tunggakan hasil Kerajaan atau hasil Negeri atau bagi mendapatkan bayaran apa-apa tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian;

(c)

untuk mengetepikan apa-apa penahanan, pajakan, atau pemindahan sesuatu harta tak alih oleh pihak berkuasa hasil bagi mendapatkan tunggakan hasil Kerajaan atau

Negeri;

(d)

terhadap Kerajaan atau Kerajaan mana-mana Negeri untuk mendapatkan kembali wang yang dibayar dengan protes bagi menyelesaikan sesuatu tuntutan yang dibuat oleh pihak berkuasa hasil oleh sebab tunggakan hasil atau oleh

Had Masa 13

sebab tuntutan yang boleh didapatkan sebagai tunggakan sedemikian, tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh satu tahun dari tarikh jualan itu disahkan atau selainnya telah menjadi terakhir atau muktamad sekiranya tindakan itu tidak dibawa atau apabila penahanan itu terhenti atau pemindahan atau bayaran dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

TINDAKAN UNTUK MENDAPAT KEMBALI TANAH DAN SEWA

Had masa tindakan untuk mendapat kembali tanah