Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17], boleh terpakai bagi apa-apa transaksi yang dikehendaki bagi melakukan pembayaran apa-apa jumlah wang dalam apa-apa mata wang mengikut terma mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang, surat cara atau jaminan itu.
(3)
Kecuali sebagaimana yang dipersetujui antara Menteri dengan pihak berkuasa yang daripadanya pinjaman itu diperdapatkan, tiada lien atas mana-mana aset pertubuhan perbadanan itu boleh dijadikan cagaran bagi apa-apa hutang melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan ipso facto memastikan pembayaran sama rata dan mengikut kadar bagi wang pokok, bunga dan caj lain atas mana-mana pinjaman, atau mana-mana bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut mana-mana pinjaman yang dijamin di bawah Akta ini.
(4)
Dalam subseksyen (3)—
“lien” termasuklah apa-apa jua jenis gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan dan keutamaan.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 96
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa meminda dari
Akta A232
Akta Gerenti Pinjaman Luar Negeri 01-09-1973
(Pertubuhan Perbadanan) (Pindaan)
1974
Akta A548
Akta Gerenti Pinjaman (Pertubuhan 18-02-1983
Perbadanan) (Pindaan) 1983
Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan)
11
Akta 96
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk ringkas
Akta A232 01-09-1973 2
Akta A232 01-09-1973 9
Akta A548 18-02-1983 10
Akta A232 01-09-1973