Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1)—
(a)
Menteri boleh memperuntukkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53], atau Akta Setem 1949 [Akta 378], masing-masingnya hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu bagi melaksanakan sepenuhnya dan secukupnya mana-mana perjanjian, bon, nota janji hutang atau surat cara atau jaminan itu;
(b)
tiada apa-apa jua dalam Akta Kawalan Pertukaran 1953
[Akta 17], terpakai bagi apa-apa urusan yang dikehendaki bagi melaksanakan pembayaran dengan apa-apa mata wang bagi apa-apa jumlah wang mengikut terma apa-apa perjanjian, surat cara, bon atau jaminan itu dengan apa-apa mata wang.
(3)
Kerajaan atau mana-mana agensinya atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau Bank Negara Malaysia tidak boleh kecuali
14 Undang-Undang Malaysia Akta 411
sebagaimana yang dipersetujui selainnya antara Menteri dengan Bank mewujudkan apa-apa lien ke atas mana-mana asetnya sebagai cagaran bagi apa-apa hutang luar negeri melainkan jika diperuntukkan dengan nyata bahawa lien itu akan ipso facto secara sama dan dengan mengikut kadar menjamin pembayaran bagi wang pokok dan bunga dan caj lain atas mana-mana pinjaman yang dibuat oleh atau apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut apa-apa pinjaman yang diberi oleh Bank kepada Kerajaan atau kepada suatu pihak berkuasa berkanun.
(4)
Dalam subseksyen (3)—
“lien” termasuklah gadai janji, sandaran, gadaian, keistimewaan dan apa-apa jenis prioriti;
“hutang luar negeri” ertinya apa-apa hutang yang kena dibayar dalam apa-apa medium selain mata wang yang pada masa berkenaan itu sah diperlakukan bagi pembayaran hutang persendirian dan hutang awam di Malaysia sama ada hutang itu kena dibayar secara mutlak atau atas opsyen pemiutang dalam apa-apa medium lain.
(5)
Bagi maksud subseksyen (3) aset Kerajaan termasuklah apa-apa hak, kepentingan atau syer yang Kerajaaan miliki atau mungkin miliki dalam Kumpulan Wang Mata Wang atau mana-mana bahagian asetnya, yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Mata Wang
Tanah Melayu British Borneo 1950.
Ratifikasi perjanjian yang sedia ada