Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ISLAM) 1977

Seksyen 5

Pinjaman (Bank Pembangunan Islam)

Jika timbul apa-apa pertikaian antara Bank, pada satu pihak, dengan Kerajaan, pada pihak yang satu lagi, di bawah sesuatu perjanjian yang dibuat atau di bawah sesuatu aku janji yang diberikan pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini atau di bawah sesuatu bon, nota janji hutang atau apa-apa surat cara yang dikeluarkan menurut sesuatu perjanjian itu, pertikaian itu hendaklah diputuskan melalui timbang tara mengikut cara yang dipersetujui oleh pihak-pihak itu dan apa-apa award yang dibuat dalam timbang tara itu boleh dikuatkuasakan di dalam Persekutuan dalam semua hal seolah-olah award itu telah dibuat dengan sah dalam suatu timbang tara di bawah *Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan timbang tara yang pada masa ini berkuat kuasa di dalam

Persekutuan dan bagi maksud-maksud seksyen ini, peruntukan-peruntukan Akta atau undang-undang itu hendaklah mengikat

Kerajaan.