Malaysia legislation

Section 102

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 102

Selain daripada kuasa untuk membuat undang-undang kecil yang diberi dengan nyata atau secara tersirat kepada pihak berkuasa tempatan oleh mana-mana peruntukan lain Akta ini, tiap-tiap pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda dan membatalkan undang-undang kecil mengenai segala perkara yang perlu atau diingini untuk memelihara kesihatan, keselamatan dan kesentosaan penduduk atau untuk mengadakan aturan dan pengelolaan yang baik bagi kawasan pihak berkuasa tempatan dan khususnya mengenai segala atau mana-mana daripada maksud yang berikut:

(a)

mengatur bentuk dalam mana segala anggaran, bajet, pernyataan, penyata atau akaun lain pihak berkuasa tempatan hendak dibuat dan disimpan;

(b)

mengatur hal membaiki, membersihkan, membasahkan atau memasang lampu pada lebuh, jalan, saluran dan jambatan;

(c)

mengatur, melesen, menyekat, melarang atau menghapuskan pameran iklan;

(d)

mengatur hal menanam, memelihara dan menghapuskan pokok, pokok bunga dan pokok renek di tempat awam;

(e)

mengadakan peruntukan bagi melindungi daripada kerosakan atau gangguan mana-mana kerja atau harta pihak berkuasa tempatan yang terletak atau yang ada dalam, di bawah atau di atas mana-mana tempat awam atau persendirian di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan;

(f)

mengadakan peruntukan bagi penubuhan, peraturan dan pengurusan mana-mana taman awam, jalan bersiar-siar, taman rekreasi dan bersuka-suka, kebun bunga, kolam renang, tasik, stadium, tempat atau bangunan bersejarah, perpustakaan awam, balai seni lukisan, muzium, panggung

Kerajaan Tempatan 87

awam, restoran, dewan, bilik perhimpunan, taman bunga atau bintang, atau akuarium;

(g)

mengatur dalam kawasan pihak berkuasa tempatan pendaratan dan penyimpanan sementara barang-barang di pengkalan, dermaga dan lebuh awam, yang bersambungan dengan mana-mana pelabuhan, atau mana-mana jalan air yang berhubungan dengannya dan menetapkan bayaran yang hendak dikenakan bagi penyimpanan sementara itu;

(h)

mengatur apa-apa jualan awam yang diadakan di mana-mana tempat awam;

(i)

menentukan lebuh atau kawasan dalam mana-mana kedai, gudang, kilang atau premis perniagaan tidak boleh didirikan, atau dalam mana-mana tred, perniagaan atau pekerjaan tertentu tidak boleh ditubuh atau dijalankan;

(j)

mengatur, melesen, menyelia, menyekat atau melarang permainan alat-alat muzik, nyanyian atau lakonan yang diadakan untuk maksud keuntungan, di mana-mana tempat awam;

(k)

mengatur penyenggaraan, pembahagian dan penggunaan apa-apa cahaya cipta jadi, gas atau tenaga lain yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tempatan;

(l)

mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyenggaraan, peraturan dan kawalan perkhidmatan pengangkutan awam dan menetapkan tambang yang hendak dikenakan;

(m)

mengatur pasukan bomba dan mengadakan peruntukan bagi syarat perkhidmatan, pentadbiran dan tatatertib semua anggotanya;

(n)

Paragraph

(i)

mengatur, menyelia dan melesen beca dan pedati dan menetapkan kadar atau tambang, sama ada mengikut jarak atau masa di dalam atau di luar kawasan pihak berkuasa tempatan yang hendak dikenakan bagi perkhidmatan itu,

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

bilangan penumpang dan berat, ukuran dan jenis muatan yang hendak dibawa dan cara pembinaannya;

(ii)

menetapkan piawai kelayakan dari segi kesihatan dan jasmani dan piawai kecekapan bagi pengayuh, pemandu atau penarik beca atau pedati, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(o)

mengadakan peruntukan bagi melesen basikal dan basikal roda tiga;

(p)

mengadakan peruntukan bagi menubuhkan, mengatur, memeriksa dan melesen tempat hiburan, rekreasi awam atau tempat tumpuan awam, dan membuat peraturan-peraturan mengenai hal masuk dan keluar dari tempat itu dan bagi mengadakan tempat letak kereta yang cukup yang bersambungan dengannya atau dalam jarak dekat yang berpatutan dengannya;

(q)

melarang, menyekat atau mengatur pengangkutan dan perlombongan batu, kapur, tanah liat, pasir atau bahan lain di mana-mana premis dan pembakaran kapur dan pengilangan bata;

(r)

melarang, menyekat atau mengatur penggunaan mana-mana tanah sebagai kolam bagi memelihara atau menternak ikan;

(s)

mengawal dan menyelia, dengan pendaftaran, pelesenan atau selainnya, termasuk dalam keadaan wajar dengan melarang sesuatu tred, perniagaan atau perindustrian dari jenis yang memudaratkan atau yang boleh menjadi punca kacau ganggu kepada orang awam atau sesuatu kelas orang awam;

(t)

memperuntukkan kesalahan di bawah Akta ini dan di bawah mana-mana undang-undang kecil yang boleh dikompaun oleh pihak berkuasa tempatan, orang yang boleh mengkompaun, had jumlah wang yang hendak dipungut oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengkompaun kesalahan itu dan acara dan borang yang hendak diikut bagi mengkompaun kesalahan itu; dan

Kerajaan Tempatan 89

(u)

setakat mana yang tidak termasuk dalam mana-mana perenggan yang lain, mengadakan peruntukan bagi segala perkara acara dan lain-lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini supaya ditetapkan, atau yang perlu atau sesuai untuk ditetapkan untuk melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

Undang-undang kecil, dll., boleh menetapkan bayaran dan caj