Malaysia legislation
Section 104
Seksyen 104
Penalti kerana melanggar undang-undang kecil
Sesuatu pihak berkuasa tempatan boleh, dengan undang-undang kecil, kaedah atau peraturan, menetapkan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil, kaedah dan peraturan dan, mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan ia boleh menetapkan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.