Malaysia legislation
Section 105
Seksyen 105
Kuasa untuk meminta pemohon permit membayar wang deposit
Jika pihak berkuasa tempatan diberi kuasa membuat undang-undang kecil melarang apa-apa perbuatan daripada dilakukan, mengadakan sekatan dan peraturan tentang hal melakukan apa-apa perbuatan dan undang-undang kecil itu menghendaki seseorang mendapatkan suatu
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
permit daripada sesuatu pihak berkuasa tertentu sebelum perbuatan itu dilakukan, mana-mana undang-undang kecil itu boleh mengadakan peruntukan menghendaki sejumlah wang dibayar sebagai deposit atau suatu bon disempurnakan berserta atau tanpa berserta penjamin dengan apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditetapkan dalam undang-undang kecil itu, jumlah wang itu hendaklah dipulangkan balik atau bon itu adalah batal, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika orang yang diberi permit itu mematuhi segala syarat permit itu.
Penyiaran undang-undang kecil, kaedah atau peraturan dalam