Malaysia legislation
Section 107
Seksyen 107
(1A)
Mana-mana lesen atau permit yang diberikan di bawah Akta ini boleh dikeluarkan bersesama dengan mana-mana lesen atau permit lain.
(2)
Tiap-tiap lesen atau permit yang diberi tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan dan boleh dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.
Kerajaan Tempatan 91
(2A)
Pembatalan mana-mana lesen atau permit tertentu yang dikeluarkan bersesama dengan mana-mana lesen atau permit lain di bawah subseksyen (1A) tidak akan menyentuh keesahan mana-mana lesen atau permit lain yang telah dikeluarkan bersesama dengannya.
(3)
Pihak berkuasa tempatan boleh, menurut budi bicaranya, enggan memberi atau membaharui sesuatu lesen tanpa memberi apa-apa sebab.
(4)
Sesuatu lesen sah selama tempoh tidak melebihi daripada tiga tahun.
(5)
Tiap-tiap orang yang telah diberi lesen hendaklah mempamerkan lesennya itu pada setiap masa di sesuatu tempat yang mudah dilihat di premis berlesen itu dan hendaklah mengemukakan lesen itu jika dikehendaki berbuat demikian oleh mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa meminta lesen itu dikemukakan.
(6)
Seseorang yang tidak mempamerkan atau mengemukakan lesen itu di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(7)
Bagi maksud subseksyen (5) atau (6) apa-apa sebutan mengenai perkataan “lesen” hendaklah termasuk salinan sahnya yang diperakui.
(8)
Perakuan mana-mana lesen sebagai suatu salinan yang sah hendaklah dibuat oleh Yang Dipertua, Setiausaha atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Yang Dipertua secara bertulis.
Notis, dsb.