Malaysia legislation

Section 108

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 108

(2)

Penyampaian sesuatu dokumen kepada seseorang hendaklah dilakukan—

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

(a)

dengan menyerahkannya kepada orang itu atau dengan menyerahkannya di tempat kediamannya yang akhir diketahui kepada seorang ahli keluarganya yang dewasa;

(b)

dengan meninggalkannya di tempat kediaman atau perniagaan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau

(c)

dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu surat yang telahpun dijelaskan bayaran posnya yang dialamatkan kepada orang itu di tempat kediaman atau perniagaannya yang biasa atau yang akhir diketahui.

(3)

Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada pemunya atau penduduk mana-mana premis hendaklah disifatkan sebagai dialamatkan dengan sewajarnya jika dialamatkan atas perihal

“pemunya” atau “penduduk” premis itu tanpa nama atau perihal lanjut dan boleh disampaikan dengan menyerahkannya kepada seseorang dewasa di premis itu atau, jika sekiranya tiada seseorang dewasa di premis itu yang kepadanya dokumen itu munasabah diserahkan, dengan menampalkannya di sesuatu tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Kemungkiran mematuhi notis atau perintah