Malaysia legislation

Section 109

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 109

Jika, sesuatu notis atau perintah menghendaki pemunya atau penduduk sesuatu premis melakukan sesuatu perbuatan atau menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis atau perintah itu dan pemunya atau penduduk itu tidak mematuhi kehendak notis atau perintah itu, pemunya atau penduduk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, jika tiada apa-apa denda diperuntukkan khas bagi kesalahan itu, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.