Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
Datuk Bandar atau Yang Dipertua; dan
(b)
tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada dua puluh empat orang Anggota Majlis lagi, yang akan dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
(2)
Anggota Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik dari antara orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah memperoleh kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, atau pun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu.
(3)
Tempoh jawatan bagi setiap seorang Anggota Majlis tidak boleh lebih daripada tiga tahun.
(4)
Kerusi seseorang Anggota Majlis hendaklah menjadi kosong jika sekiranya peletakan jawatannya diterima, jika dia hilang kelayakan di bawah subseksyen 34(7) atau jika pelantikannya dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(5)
Apabila kerusi seseorang Anggota Majlis menjadi kosong,
Datuk Bandar atau Yang Dipertua hendaklah memberitahu Pihak
Berkuasa Negeri dengan segera.
(6)
Seseorang Anggota Majlis adalah layak dilantik semula apabila tamat tempoh jawatannya.
(7)
Jika Datuk Bandar atau Yang Dipertua tidak bersetuju dengan
Anggota Majlis yang lain itu tentang penjalanan mana-mana daripada kuasanya atau kuasa pihak berkuasa tempatan itu, dia hendaklah merujukkan perkara itu kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri
Negeri itu dan keputusan Menteri Besar atau Ketua Menteri itu atas perkara itu adalah muktamad dan mengikat pihak berkuasa tempatan itu.
(8)
Datuk Bandar atau Yang Dipertua boleh membenarkan Anggota
Majlis tidak menghadiri mesyuarat selama tempoh dan atas apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(9)
Setiap seorang Anggota Majlis dan seseorang yang dilantik ke sesuatu jawatankuasa di bawah seksyen 28 hendaklah dibayar gaji
Kerajaan Tempatan 23
atau boleh dibayar elaun mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa Negeri.
Pengakuan oleh Anggota Majlis sebelum memegang jawatan