Malaysia legislation

Section 112

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 112

Seseorang yang pada bila-bila masa menghalang, mengganggu atau menyerang Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Datuk Bandar atau

Yang Dipertua, Anggota Majlis, pegawai atau pekerja sesuatu pihak berkuasa tempatan pada menjalankan dan melaksanakan kewajipannya atau yang membuang apa-apa tanda yang diletakkan bagi maksud menandakan sesuatu aras atau arahan yang perlu bagi menjalankan kerja, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.