Malaysia legislation
Section 123
Seksyen 123
Tanggungan terhadap perbuatan dan peninggalan
Bagi maksud apa-apa pendakwaan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang kecil, kaedah atau peraturan—
(a)
jika seseorang ejen atau pekerja semasa menjalankan pekerjaannya melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan, ejen atau pekerja itu melakukan kesalahan itu, dan prinsipal atau majikannya dan mana-mana orang yang pada masa perbuatan itu dilakukan atau tidak dilakukan itu menjaga
98 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
urusan yang mengenainya perbuatan itu telah dilaku atau tidak dilakukan adalah juga melakukan kesalahan itu melainkan jika prinsipal atau majikan atau orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, membuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa dia telah, dengan memberi perhatian kepada segala hal keadaan, mengambil segala langkah dan pengawasan yang munasabah bagi mengelakkan perbuatan itu daripada dilakukan atau daripada tidak dilakukan;
(b)
jika sesuatu kesalahan telah dilakukan oleh mana-mana pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus besar, setiausaha atau mana-mana pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang seumpamanya atau yang berupa sebagai bertindak dalam mana-mana jawatan itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dengan memberi perhatian kepada jenis tugasnya dalam jawatan itu dan kepada segala hal keadaan dia telah mengambil segala langkah dan pengawasan bagi mencegah berlakunya kesalahan itu.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948