Malaysia legislation

Section 129

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 129

Membahagikan kawasan dan pegangan bagi maksud kadar

Bagi maksud Bahagian ini, pihak berkuasa tempatan boleh membahagikan kawasannya kepada dua bahagian atau lebih dan boleh, mengenai bahagian atau bahagian-bahagian yang berasingan itu, mengenakan apa-apa kadar atau kadar-kadar yang difikirkan patut dan wajar dan pihak berkuasa tempatan boleh selain daripada itu mengenakan dalam bahagian atau bahagian-bahagian itu suatu kadar yang berlainan mengikut kegunaan sebenar pegangan itu atau bahagian pegangan itu.