Malaysia legislation

Section 130

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 130

Asas taksiran kadar

(2)

Jika sesuatu kadar atau kadar-kadar ditaksirkan atas nilai tahunan pegangan kadar atau kadar-kadar itu hendaklah tidak boleh lebih daripada—

(a)

tiga puluh lima peratus dari nilai tahunan, iaitu mengenai kadar yang dikenakan di bawah seksyen 127;

(b)

(Dipotong oleh Akta A865);

(c)

lima peratus dari nilai tahunan, iaitu mengenai kadar yang dikenakan di bawah seksyen 132.

Kerajaan Tempatan 101

(3)

Jika sesuatu kadar atau kadar-kadar ditaksirkan atas nilai tambah pegangan, kadar atau kadar-kadar itu hendaklah tidak boleh lebih daripada—

(a)

lima peratus dari nilai tambah, iaitu mengenai kadar yang dikenakan di bawah seksyen 127;

(b)

(Dipotong oleh Akta A865);

(c)

satu peratus dari nilai tambah, iaitu mengenai kadar yang dikenakan di bawah seksyen 132.