Malaysia legislation
Section 135
Seksyen 135
Apabila sesuatu pegangan atau sesuatu bahagian daripadanya digunakan semata-mata bagi maksud rekreasi, sosial atau kebajikan, dan bukan untuk mendapat keuntungan wang Pihak Berkuasa Negeri boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan pegangan atau bahagian pegangan itu daripada pembayaran semua atau mana-mana kadar atau boleh mengurangkan apa-apa kadar yang dikenakan ke atas pegangan atau bahagian pegangan itu.