Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 13

Pihak berkuasa tempatan adalah perbadanan

Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan adalah suatu pertubuhan perbadanan dan adalah kekal turun-menurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai yang mana boleh diubah dari semasa ke semasa dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman, memperoleh, memegang dan menjual harta dan amnya boleh melaku dan menjalankan apa-apa perbuatan dan perkara yang boleh dilaku dan dijalankan di sisi undang-undang oleh pertubuhan perbadanan.