Malaysia legislation

Section 142

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 142

(a)

bahawa sesuatu pegangan yang baginya dia dikenakan kadar adalah dinilai lebih daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar;

(b)

bahawa sesuatu pegangan yang dinilai adalah pegangan yang tidak boleh dikenakan kadar;

(c)

bahawa seseorang atau sesuatu pegangan yang sepatutnya termasuk dalam Senarai Nilaian itu adalah ditinggalkan daripadanya;

(d)

bahawa sesuatu pegangan adalah dinilai kurang daripada nilainya yang boleh dikenakan kadar; atau

(e)

bahawa sesuatu pegangan atau pegangan-pegangan yang telah dinilai secara bersesama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain, boleh membuat bantahan secara bertulis kepada pihak berkuasa tempatan pada bila-bila masa tidak kurang daripada empat belas hari sebelum masa yang ditetapkan untuk menyemak Senarai Nilaian itu.

(2)

Segala bantahan hendaklah disiasat dan mereka yang membuatnya hendaklah diberi peluang untuk didengar dalam penyiasatan itu sama ada mereka sendiri atau melalui ejen yang diberi kuasa.

106 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

Mengesahkan Senarai Nilaian baru