Malaysia legislation
Section 145
Seksyen 145
(2)
Usul permulaan itu hendaklah difailkan oleh orang yang tidak puas hati dengan keputusan pihak berkuasa tempatan itu dalam tempoh empat belas hari dari penerimaan keputusan itu.
(3)
Pihak berkuasa tempatan ialah pihak menentang dalam sesuatu rayuan di bawah seksyen ini.
(4)
Tiap-tiap rayuan itu hendaklah didengar di hadapan Mahkamah
Tinggi dan keputusannya atas soal fakta adalah akhir dan muktamad.
Kerajaan Tempatan 109
(5)
Dari keputusan Mahkamah Tinggi itu salah satu pihak boleh merayu atas soal undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan akhir dan muktamad.
(6)
Dalam sesuatu rayuan di bawah subseksyen (5), peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan rayuan dalam perkara sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa rayuannya ke
Mahkamah Persekutuan hendaklah dipakai.
Kadar hendaklah menjadi tanggungan pertama