Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Semua Anggota Majlis yang memegang jawatan sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini adalah serta-merta terhenti memegang jawatan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “Anggota Majlis” ertinya—
(a)
Anggota Lembaga Pengurusan yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) *Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973;
(b)
Anggota Majlis atau Pesuruhjaya Majlis-Majlis Perbandaran;
(c)
Anggota Majlis bagi Majlis Bandaran, Majlis Daerah atau
Majlis Daerah Luar Bandar; dan
(d)
Anggota bagi Lembaga Bandaran atau Majlis Tempatan.