Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Senarai itu, apabila diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, hendaklah terus berkuat kuasa sehingga suatu senarai baru diluluskan dengan cara yang sama.
(3)
Pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusannya apa-apa perubahan dan tambahan dalam dan kepada senarai itu, dan perubahan dan tambahan itu, apabila diluluskan, hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama seolah-olah ia telah dimasukkan dalam senarai itu.
(4)
Datuk Bandar Kuala Lumpur, mengenai Wilayah Persekutuan, atau Datuk Bandar atau Yang Dipertua atau wakilnya yang mana hendaklah seorang Anggota Majlis, Setiausaha dan seorang lagi
Anggota Majlis, mengenai pihak berkuasa tempatan lain, boleh melantik orang itu ke jawatan yang ditunjukkan dalam senarai yang diluluskan sedemikian dan boleh menurunkan pangkat atau membuang orang itu dari jawatan dan boleh melantik orang lain bagi menggantikan mereka:
Dengan syarat bahawa penurunan pangkat atau pembuangan seseorang Ketua Jabatan atau Timbalannya dari jawatannya tidak boleh berkuat kuasa sehingga penurunan pangkat atau pembuangan itu telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri:
Dengan syarat selanjutnya bahawa tiada seorang pun pegawai atau pekerja boleh diturunkan pangkat atau dibuang tanpa diberi peluang yang berpatutan untuk didengar.
Kuasa pihak berkuasa tempatan bagi mengadakan tatatertib, dsb., bagi pegawainya