Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(a)
bagi menubuhkan suatu Kumpulan Wang Bekal Tua atau
Kumpulan Wang Simpanan;
(b)
bagi memperuntukkan bayaran atau elaun lain bagi orang yang telah bekerja dengan pihak berkuasa tempatan itu apabila mereka mati, diberhentikan kerana tua, meletakkan jawatan, bersara atau diberhentikan; dan
Kerajaan Tempatan 27
(c)
bagi pencaruman wang oleh pihak berkuasa tempatan itu untuk Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang
Simpanan itu.
(2)
Tiada apa-apa pembayaran atau elaun lain yang dibuat atau diberi kepada orang daripada suatu Kumpulan Wang Bekal Tua atau
Kumpulan Wang Simpanan apabila mereka mati, diberhentikan kerana tua, meletakkan jawatan, bersara atau diberhentikan dan juga tiada apa-apa hak mana-mana pencarum yang diperoleh di bawahnya, boleh diserah hak atau dipindah milik atau boleh ditahan, diasingkan atau dilevi untuk atau mengenai apa-apa jua hutang atau tuntutan.
(3)
Seseorang boleh dengan suatu memorandum yang ditandatanganinya melantik seorang atau beberapa orang penama bagi wang yang kena dibayar apabila dia mati daripada suatu
Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan dan boleh membuat peruntukan bagi pelantikan seorang atau beberapa orang penama baru bagi wang itu dan bagi pelaburannya.
(4)
Resit daripada seorang penama atau penama yang telah dilantik dengan sewajarnya atau jika sekiranya tidak ada apa-apa pelantikan sedemikian resit daripada wakil diri di sisi undang-undang bagi seseorang yang telah mati adalah menjadi suatu yang melepaskan tanggungan pihak berkuasa tempatan itu bagi apa-apa wang yang kena dibayar apabila orang itu mati daripada suatu Kumpulan Wang
Bekal Tua atau Kumpulan Wang Simpanan.
(5)
Semua Kumpulan Wang Bekal Tua atau Kumpulan Wang
Simpanan yang ditubuhkan dengan sewajarnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sepenuhnya seolah-olah
Kumpulan Wang itu telah ditubuhkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini tetapi tanpa menyentuh apa-apa hak yang terakru atau apa-apa tanggungan yang telah dilakukan atau apa-apa perbuatan atau perkara yang telah dilakukan sebelum daripada pemansuhan itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 171