Malaysia legislation

Section 1

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 1

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan berhubungan dengan Negeri itu oleh Pihak

Berkuasa Negeri, selepas berunding dengan Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta dan Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas berunding dengan Menteri, menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan Akta ini yang berlainan dan boleh menguatkuasakan semua atau mana-mana daripada peruntukan

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

Akta ini sama ada di seluruh Negeri itu atau di mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian Negeri itu sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), berhubungan dengan

Wilayah Persekutuan, Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(4)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, walau apa pun subseksyen (2), melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan sesuatu kawasan dalam mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau daripada mana-mana undang-undang kecil.

(5)

Jika dalam sesuatu pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen

(2)

adalah dinyatakan bahawa bahagian atau bahagian-bahagian daripada

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa, Pihak Berkuasa Negeri boleh menyatakan dalam pemberitahuan itu juga peruntukan manakah daripada undang-undang yang disebutkan dalam seksyen 166 yang hendak dimansuhkan.

Tafsiran