Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 23

Mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai

Semua mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai dan kepada wakil akhbar melainkan jika selainnya diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan itu dengan ketetapan dalam mesyuarat itu:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi mana-mana

Jawatankuasa pihak berkuasa tempatan itu melainkan jika selainnya diputuskan oleh Jawatankuasa itu dengan ketetapan.

Section 23 — LOCAL GOVERNMENT ACT 1976 | mylaw.my