Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Kuorum
(2)
Kuorum yang perlu bagi menjalankan urusan dalam sesuatu mesyuarat biasa pihak berkuasa tempatan ialah satu pertiga daripada bilangan penuh Anggota Majlisnya tidak termasuk mana-mana kerusi yang kosong dan jika bilangan Anggota Majlis itu tidak boleh dibahagi dengan tiga, kuorum yang perlu ialah satu pertiga daripada bilangan yang lebih kecil sebelum sahaja daripadanya yang boleh dibahagi dengan tiga.
(3)
Jika dalam sesuatu mesyuarat khas atau biasa pihak berkuasa tempatan kuorum tidak ada mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
kepada suatu hari lain sebagaimana ditetapkan oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua, dan urusan yang sepatutnya telah dibawa dalam mesyuarat yang asal itu, jika sekiranya kuorum ada, hendaklah dibawa dan jalankan dalam mesyuarat tangguhan itu sama ada kuorum ada atau tidak dalam mesyuarat itu.
Pengerusi mesyuarat