Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 27

(2)

Semua minit hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh

Pengerusi mesyuarat.

(3)

Minit semua perjalanan pihak berkuasa tempatan hendaklah disimpan di pejabat pihak berkuasa tempatan dan hendaklah pada setiap masa yang munasabah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana

Anggota Majlis atau pembayar kadar kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan oleh mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri dalam mana terletaknya kawasan pihak berkuasa tempatan itu, mana-mana di antara mereka boleh pada setiap masa yang munasabah membuat suatu salinan mengenai mana-mana bahagian minit itu tanpa bayaran:

Dengan syarat bahawa minit perjalanan mana-mana Jawatankuasa tidak boleh terbuka untuk diperiksa oleh seseorang pembayar kadar melainkan jika pihak berkuasa tempatan itu mengarahkan sebaliknya.

(4)

Minit perjalanan dalam suatu mesyuarat pihak berkuasa tempatan atau mesyuarat sesuatu Jawatankuasa yang ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi bagi mesyuarat dalam mana minit itu ditandatangani hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa bukti lagi dan, tertakluk kepada semua kecualian yang patut, hendaklah menjadi keterangan mengenai perkara yang dinyatakan di dalamnya.

Pelantikan Jawatankuasa

Section 27 — LOCAL GOVERNMENT ACT 1976 | mylaw.my