Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Kerajaan Tempatan 31
Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa melantik Jawatankuasa, sama ada dari jenis am atau khas, terdiri daripada seorang Pengerusi dan sesuatu bilangan Anggota Majlis dan beberapa orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan itu, bagi maksud memeriksa dan melaporkan apa-apa perkara atau menjalankan apa-apa perbuatan yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan itu akan lebih sesuai dijalankan dengan cara suatu
Jawatankuasa, dan boleh mewakilkan kepada mana-mana Jawatankuasa apa-apa kuasa yang difikirkannya patut melainkan kuasa untuk mendapatkan wang melalui kadar atau pinjaman, dan boleh menetapkan kuorum bagi mana-mana Jawatankuasa itu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 171