Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Perintah tetap untuk mengawal selia perjalanan pihak berkuasa tempatan
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap pihak berkuasa tempatan boleh dari semasa ke semasa membuat perintah tetap untuk mengawal selia perjalanannya dan perjalanan mana-mana
Jawatankuasanya, bagi mengekalkan ketenteraman dalam mesyuarat-mesyuaratnya atau dalam mesyuarat mana-mana Jawatankuasanya dan bagi mengatur kewajipan Anggota Majlis dan penjalanan hal ehwal pihak berkuasa tempatan itu.