Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Tiap-tiap notis, perintah, waran, lesen, resit atau dokumen lain seumpamanya yang dikeluarkan atau yang memerlukan pengesahan oleh suatu pihak berkuasa tempatan hendaklah disifatkan sebagai disahkan dengan cukupnya tanpa meterai pihak berkuasa tempatan itu jika ditandatangani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Bandar atau Yang Dipertua, Setiausaha atau oleh mana-mana lain pegawai pihak berkuasa tempatan itu yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Bandar atau Yang Dipertua, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau oleh mana-mana perintah tetap atau undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan itu.