Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 33

Pengecualian Anggota Majlis, dsb., daripada tanggungan sendiri

Tiada sesuatu perkara atau hal yang dilakukan atau tidak dilakukan dan tiada sesuatu kontrak yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan, dan tiada sesuatu perkara atau hal yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh Datuk Bandar atau Yang Dipertua, Anggota

Majlis, pegawai atau pekerja pihak berkuasa tempatan atau orang lain yang bertindak di bawah arahan pihak berkuasa tempatan boleh, jika perkara atau hal itu telah dilakukan atau tidak dilakukan atau kontrak itu telah dibuat dengan suci hati bagi maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana undang-undang kecil yang berkuat kuasa dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu, menjadikan orang atau orang-orang itu secara sendiri atau bersesama tertakluk kepada apa-apa jua guaman, tanggungan, tuntutan atau desakan;

dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang itu hendaklah dibayar oleh pihak berkuasa tempatan daripada Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan.

Hilang upaya Anggota Majlis bagi mengundi oleh kerana ada mempunyai kepentingan dalam kontrak, dsb.