Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(2)
Bagi maksud seksyen ini seseorang Anggota Majlis hendaklah dikira sebagai ada mempunyai suatu kepentingan wang secara tidak langsung dalam sesuatu kontrak atau perkara lain, jika—
(a)
dia atau mana-mana penamanya adalah seorang anggota bagi suatu syarikat atau badan lain yang dengannya kontrak itu dibuat atau dicadang hendak dibuat atau yang ada mempunyai suatu kepentingan wang secara langsung dalam perkara lain yang sedang ditimbangkan itu; atau
(b)
dia adalah seorang pekongsi, atau bekerja untuk, seseorang yang dengannya kontrak itu dibuat atau dicadang hendak dibuat atau yang ada mempunyai kepentingan wang secara langsung dalam perkara lain yang sedang ditimbangkan itu:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai bagi orang yang menjadi anggota, atau yang bekerja untuk, sesuatu badan awam.
(3)
Mengenai orang yang berkahwin, kepentingan seorang suami isteri hendaklah, jika diketahui oleh suami isteri yang satu lagi itu, disifatkan bagi maksud seksyen ini sebagai juga suatu kepentingan suami isteri yang satu lagi itu.
Kerajaan Tempatan 35
(4)
Suatu notis am yang diberi secara bertulis kepada Setiausaha oleh seseorang Anggota Majlis yang bermaksud bahawa Anggota
Majlis itu atau suami isterinya adalah seorang anggota atau bekerja untuk suatu syarikat atau badan lain yang tertentu, atau bahawa
Anggota Majlis itu atau suami isterinya adalah seorang pekongsi atau bekerja untuk seorang yang tertentu, hendaklah, melainkan jika notis itu ditarik balik, disifatkan sebagai suatu penzahiran yang cukup mengenai kepentingannya dalam sesuatu kontrak, kontrak yang dicadangkan, atau perkara lain berhubungan dengan syarikat atau badan lain itu atau berhubungan dengan orang itu, yang menjadi perkara pertimbangan selepas tarikh notis itu.
(5)
Setiausaha hendaklah merekodkan dalam suatu buku yang hendak disimpan bagi maksud itu butir-butir penzahiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan butir-butir sesuatu notis yang diberi di bawah subseksyen (4), dan buku itu hendaklah terbuka pada setiap masa yang munasabah untuk diperiksa oleh mana-mana Anggota Majlis.
(6)
Jika seseorang Anggota Majlis tidak mematuhi subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan selain daripada itu
Mahkamah boleh membuat suatu perintah perlucuthakan mengenai apa-apa keuntungan yang telah terakru atau mungkin terakru kepadanya sebagai hasil dari kepentingan itu.
(7)
Seseorang Anggota Majlis yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah sesudah itu hilang kelayakan daripada menjadi seorang Anggota Majlis seterusnya.
(8)
Seseorang Anggota Majlis yang hilang kelayakan di bawah subseksyen (7) tidak boleh dilantik menjadi seorang Anggota Majlis bagi mana-mana pihak berkuasa tempatan.
(9)
Sesuatu pendakwaan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini tidak boleh dibawa kecuali dengan izin Pendakwa Raya.
(10)
Bagi maksud seksyen ini “Anggota Majlis” termasuklah seseorang yang dilantik ke sesuatu jawatankuasa pihak berkuasa tempatan.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
Sekatan