Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Hasil sesuatu pihak berkuasa tempatan adalah terdiri daripada—
(a)
semua cukai, kadar, sewa, bayaran lesen, dius dan wang lain atau caj yang kena dibayar kepada pihak berkuasa tempatan itu menurut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
(b)
semua caj atau keuntungan yang terbit daripada apa-apa perdagangan, perkhidmatan atau pengusahaan yang
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan itu di bawah kuasa yang terletak hak padanya;
(c)
semua bunga atas apa-apa wang yang dilaburkan oleh pihak berkuasa tempatan itu dan semua pendapatan yang terbit daripada harta alih dan tak alih pihak berkuasa tempatan itu;
dan
(d)
semua hasil lain yang terakru kepada pihak berkuasa tempatan itu daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana
Negeri atau daripada mana-mana badan berkanun, pihak berkuasa tempatan lain atau daripada mana-mana punca lain sebagai pemberian, sumbangan, derma kekal atau lain-lain.
Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan