Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 40

(2)

Semua wang yang diterima oleh pihak berkuasa tempatan itu berkenaan dengan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dimasukkan dalam akaun semasa atau akaun deposit dalam satu bank atau lebih yang dilesen di bawah Akta Bank Dan

Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372].

(3)

Semua perintah atau cek terhadap Kumpulan Wang yang tersebut itu hendaklah ditandatangani oleh dua orang pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh pihak berkuasa tempatan itu.

(4)

Mana-mana wang itu boleh dilaburkan dalam mana-mana sekuriti yang pemegang amanah diberi kuasa melabur dalamnya atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan.

Kerajaan Tempatan 39

Kuasa pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pinjaman