Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

Seksyen 42

(2)

Syarat pengeluaran gadai janji, gadaian dan stok debentur hendaklah—

(a)

tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri;

(b)

diisytiharkan pada masa pengeluaran itu;

(c)

dicatatkan dalam daftar sekuriti itu, dan suatu salinan bercetak bagi syarat itu hendaklah diberi kepada tiap-tiap pemunya sekuriti itu yang berkehendakkannya.

(3)

Pihak berkuasa tempatan itu hendaklah membuat berkenaan dengan stok debentur yang dikeluarkan olehnya di bawah Akta ini peraturan-peraturan mengadakan peruntukan bagi—

(a)

bentuk prospektus yang hendak dikeluarkan;

(b)

bentuk bagi stok debentur itu atau bagi mana-mana daripadanya;

(c)

mengadakan dan menyenggara dalam bentuk yang ditetapkan suatu atau beberapa daftar bagi stok debentur itu dan pemunyanya pada masa itu;

(d)

pemeriksaan mana-mana daftar itu oleh orang ramai dan hal mendapatkan salinannya yang diperakui dan cabutan daripadanya;

(e)

pindah milik mana-mana stok debentur itu;

Kerajaan Tempatan 41

(f)

perpindahan hak milik bagi mana-mana sekuriti itu apabila pemunya hak milik itu mati, menjadi bankrap atau pun dengan kuat kuasa undang-undang;

(g)

membetulkan mana-mana daftar itu;

(h)

bayaran yang hendaklah dibayar oleh seseorang berkenaan dengan pengeluaran, pendaftaran, pindah milik atau perpindahan mana-mana sekuriti itu atau bagi pemeriksaan mana-mana daftar itu atau bagi hal mendapatkan sesuatu salinannya atau cabutan daripadanya; dan

(i)

pelantikan Pendaftar dan penanggung dan bayaran yang kena dibayar kepada mereka.

(4)

Semua peraturan-peraturan itu hendaklah dikemukakan kepada

Pihak Berkuasa Negeri untuk diluluskan dan, apabila diluluskan sedemikian hendaklah disiarkan dalam Warta.

(5)

Sesuatu daftar yang disenggara di bawah peruntukan mana-mana peraturan itu adalah menjadi keterangan mengenai apa-apa perkara yang diarah atau dibenarkan olehnya supaya dicatatkan dalamnya dan, berkenaan dengan orang yang dicatatkan dalamnya sebagai pemunya stok debentur, daftar itu adalah menjadi keterangan mengenai hakmilik setiap seorang terhadap stok debentur itu.

Notis mengenai amanah, gadaian atau kepentingan lain tidak boleh diterima